KAJIAN LAPANGAN INVENTORI PRODUK PELANCONGAN
PELAN INDUK PERANCANGAN FIZIKAL PELANCONGAN NEGERI PERLIS
Utama
Senarai
PEMBANCI
Nama Pembanci
No. Telefon
Tarikh Banci
Masa
A. MAKLUMAT ASAS TEMPAT PELANCONGAN
Nama Tempat
Pemilikan
Alamat
Operator/Pengusaha
Koordinat
X
contoh: 10x.xxxxxxxx
Y
contoh: 6.xxxxxxxx
Bilangan Staff
Pekerja Tempatan
Pekerja Asing
Kategori Pelancongan / Imej / Identiti
Pelancongan Sejarah, Warisan & Budaya
Pelancongan Agro & Desa
Pelancongan Ekologi
Pelancongan Rekreasi & Sukan
Pelancongan Pendidikan
Pelancongan Membeli Belah & Makanan
Pelancongan Geologi
Aktiviti Ditawarkan
1
5
2
6
3
7
4
8
Bayaran Masuk
RM
Waktu Operasi
Waktu buka
Waktu tutup
24 jam
Had Bilangan Pelawat (Jika ada)
Penceritaan Produk Pelancongan
Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 5 tahun bermula daripada tahun 2006 dan dibuka kepada awam pada 8 Ogos 2011. Diilhamkan Raja Muda Perlis, iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail. Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu. Dana pembinaan masjid ini adalah hasil sumbangan Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf yang menelan perbelanjaan sebanyak RM 12 juta. Perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 8 Oktober 2011. Masjid Al-Hussain merupakan satu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis berkeluasan 1.2 hektar iaitu 0.8 hektar di atas laut dan 0.4 hektar di kawasan darat menghadap Selat Melaka. Ia mampu memuatkan 1,500 jemaah dalam satu masa. Dari segi rekabentuknya, puncak menara berbentuk heksagon melambangkan Rukun Iman dengan ketinggian keseluruhan menara ialah 31.3 meter termasuk puncak berkembar masing-masing setinggi 7.1m. Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik pada masjid itu. Konsep tersebut telah diterjemahkan pada laman dan suasana santai menerusi persekitaran masjid tersebut.Bagi mewujudkan sentuhan alami yang diadaptasikan oleh faktor persekitarannya yang berlatarbelakangkan pantai dan lautan, dinding masjid tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles. Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid.Ciri luaran utama Masjid Al Hussain ialah kubahnya yang berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi Negeri Perlis. Keunikan lain pada menara masjid berkenaan adalah penggunaan lampu indikator yang dipasang pada menara terbabit. Ia berfungsi sebagai penanda masuk waktu solat bagi pelaut, nelayan, pengemudi feri pelancong dan mereka yang bertugas di lautan. Lampu ini dinyalakan bagi memberitahu telah waktu solat Maghrib, Isyak dan Subuh. Lampu biru dinyalakan bagi memberitahu telah masuk waktu Maghrib. Lampu hijau untuk waktu Isyak dan kedua-dua lampu berkenaan akan dinyalakan apabila tibanya waktu Subuh bagi memudahkan mereka berada di lautan menunaikan solat.
Next